prepainted steel,coil coating,prepainted,colour coated steel,metal roofing,PVF2 PVDF KYNAR 500 polyester
 
  Atap & Dinding
Home PageTentang KamiTeknologiPerkhidmatanProdukSpecifikasiKawalan KualitiAplikasiSokonganLokasiHubungi KamiInfo Atap/DindingMuat-Turune-newsletter

> Maklumat umum berkenaan logam sediawarna
> Logam Sediawarna Colourcoil High Performance
> Faedah-faedah dan kebaikannya
> Soalan yang biasa dikemukakan berkenaan atap logam

English  |  Malay 

paintline.jpg

 

Maklumat secara umum berkenaan Logam sediawarna 

Kebanyakan industri masa kini telah banyak beralih kepada penggunaan logam sediawarna. Industri-industri ini termasuk yang membina bangunan, mengilang komponen automotif, perkakas, perabot, serta atap dan pelindung dinding. Jumlah yang menggunakannya telah meningkat secara mendadak kerana secara praktik dan effisiennya ia terlibat dengan pengeluaran produk yang memerlukan logam disalut dengan warna.

 

 

home_collage_new.jpg

Untuk industri atap dan pelindung dinding logam, para pengilang tidak perlu untuk mengecat kepingan atap sebelum atau selepas ia dibentuk kerana ia memerlukan kos permulaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan mengecat yang merangkumi kerja-kerja menyediakan permukaan, penyemburan, dan operasi pembakaran atau pengeringan. Justeru, ia membawa kepada kos pengeluaran yang lebih rendah kepada para pengilang atap dan pelindung dinding logam, malah produk-produk atap dan pelindung dinding sediawarna lebih murah dan juga mudah dijual.

 


"Colourcoil Industries.....specialist in colour metal coating technology"

 


Justeru, pengeluaran logam sediawarna telah dipertanggungjawabkan kepada syarikat penyalut gelung seperti Colourcoil Industries yang mahir dalam teknologi menyalut warna logam. Kemudahan menyalut gelung kami adalah menggunakan teknologi tinggi infra-red. Dan dengan menggunakan cat yang berkualiti tinggi, Colourcoil berupaya mengeluarkan produk logam berprestasi tinggi yang bertaraf dunia dalam bentuk gelung mahupun kepingan. Teknologi ini merupakan yang pertama di kawasan Asia-Pasifik.

 

Oleh kerana kualiti logam sediawarna adalah merupakan kriteria penting untuk memilih atap dan pelindung dinding logam yang sesuai, dapatkan sekarang bagaimana logam sediawarna Colourcoil High Performance boleh memberi perbezaan ke atas pelaburan anda.

> Logam sediawarna Colourcoil High Performance