|
Jawapan kepada setiap soalan yang biasa
dikemukakan berkenaan atap logam
- Bagaimana kos atap logam berbanding dengan jenis
atap yang lain? Jawapan
- Boleh kah saya berjalan di atas
logam? Jawapan
- Adakah atap logam akan bising jika waktu
hujan? Jawapan
- Boleh atap logam rosak oleh hujan
batu? Jawapan
- Bagaimana pula ketahanan ke atas kerosakan oleh
angin? Jawapan
- Adakah atap logam selamat/tahan
api? Jawapan
- Bagaimanakah berat atap logam berbanding jenis
atap yang lain? Jawapan
- Adakah atap logam terhakis? Jawapan
- adakah warna akan luntur/pudar? Jawapan
- Bagaimana pula dengan
kilat? Jawapan
- Jika saya memasang semula atap rumah saya, adakah
saya perlu membuka semua atap yang sedia ada sebelum memasang atap
logam yang baru? Jawapan
- Adakah atap logam akan membuatkan rumah saya
panas? Jawapan
Jawapan Bagaimana kos atap logam
berbanding dengan jenis atap yang lain? Atap logam
adalah produk premium. Walaupun kos atap logam yang
dikeluarkan menggunakan logam sediawarna Colourcoil mungkin sedikit
mahal berbanding atap yang diperbuat daripada bahan yang lain, namun
penjimatan jangka panjang boleh dirasai untuk tempoh masa yang lebih
lama (contoh analisis kos kitaran-hayat). Ini kerana atap logam
lebih tahan lama berbanding atap jubin, konkrit atau bahan yang
mempunyai campuran bahan kerikil/kaca. Sebagai tambahan, atap logam
mempunyai banyak kelebihan
dan faedah berbanding atap
asfalt/kaca gentian.
Bolehkah saya berjalan di
atas atap logam? Ya, sudah tentu boleh.
Walaubagaimanapun anda harus berhati-hati semasa
melaluinya.
Adakah atap logam akan
bising jika waktu hujan? Tidak, atap logam sebenarnya
tidak bising semasa waktu hujan. Menurut kajian, tahap
kebisingan atap logam adalah sama dengan produk atap yang lain
seperti asfalt, kayu atau jubin.
Adakah atap logam rosak
oleh hujan batu? Atap logam adalah sangat kuat dan tahan
daripada kerosakan disebabkan oleh hujan batu, lebih daripada atap
asfalt/kaca gentian. Ternyata, banyak produk atap logam mempunyai
kesan ketahanan dan kadar hujan batu diberikan oleh insuran di U.S.
Ada di antara syarikat insuran mengurangkan nilai premium untuk atap
logam.
Bagaimana pula ketahanan
ke atas kerosakan oleh angin? Semua produk atap logam
adalah tahan terhadap angin. Pelbagai ujian telah dijalankan
terhadap tekanan ribut dan waranti terhadap ribut boleh mencapai
120mph.
Adakah atap logam
selamat/tahan api? Atap logam adalah atap yang tahan
daripada api. Ia adalah diklafikasikan sebagai bahan atap yang tidak
mudah terbakar dengan kadar kelas "A" - kadar tertinggi
diberikan.
Bagaimanakah berat atap
logam berbanding jenis atap yang lain? Ramai yang
terkejut bahawa ternyata sekali atap logam lebih ringan daripada
jenis atap yang lain. Biasanya, berat atap logam adalah kurang
daripada 1/3 berat asfalt/kaca gentian dan 75% ringan dari
tembikar/konkrit atau kepingan papan batu loh.
Adakah atap logam
terhakis? Atap logam yang disaluti oleh 55% zink
aluminium yang tulen adalah dilindungi oleh salutan metalik dan
polimer. Kajian industri berulang kali menunjukkan penentangan
terhadap pengkaratan ke atas logam bersalut yang lain. Ia boleh
diperolehi daripada Colourcoil high performance dengan 25 tahun
waranti terhadap penghakisan.
Adakah warnanya akan
luntur/pudar? Pelunturan warna berlaku ke atas permukaan
yang dicat jika terdedah. Persoalannya ialah bila atau berapa cepat?
Atap yang berkualiti komersial yang disalut dengan cat yang
berkualiti rendah akan cepat luntur, kadangkala secepat 2 - 5 tahun
sahaja. Dengan erti kata lain, logam sediawarna Colourcoil high
performance adalah disalut dengan cat khas yang mengandungi polimer
berkualiti tinggi yang mempunyai bahan tahan cuaca yang luar biasa.
Ia mempunyai pelbagai warna dan waranti* sehingga 20 tahun terhadap
pelunturan warna, pengapuran dan pengkaratan.
Sampai masanya, anda akan mendadati terdapat
perubahan ke atas warna atap berkenaan disebabkan oleh mendapan
pencemaran. Namun, biasanya dengan hanya air hujan atau mencucinya
menggunakan paip penyalur biasa akan menjadikan atap seperti
baru.
Bagaimana pula dengan
kilat? Bertentangan dengan kepercayaan yang biasa, atap
logam lebih kurang sama jenis atap yang lain. Seperti pokok (kayu)
yang mana selalu terkena kilat. Kajian membuktikan bahawa kilat
mengarah ke objek yang lebih tinggi tanpa mengambil kira
knadangannya. Semasa kilat mengena ke arah atap logam, ia tidak akan
mewujudkan api dan terbakar seperti kayu. Sebaliknya ia akan
membantu menyebarkan cas elektrik ke atas kawasan permukaanya yang
luas.
Jika saya memasang semula
atap rumah saya, adakah saya perlu membuka semua atap yang sedia ada
sebelum memasang atap logam yang baru? Kebiasaanya
tidakjika anda memasang atap logam di atas asfalt / kaca gentian
yang anda sedia ada (maksimum 2 lapisan tebal). Dalam kebanyakan
keadaan, atap logam boleh dipasang di atas atap sedia
ada.
Adakah atap logam akan
membuatkan rumah saya panas? Sebenarnya, atap logam
boleh menjimatkan wang anda ke atas kos penghawa dingin.
Ia mampu memantulkan wap panas berbanding produk atap yang lain
seperti asfalt/kaca gentian, kayu, jubin dan lain-lain. Semasa musim
panas ia boleh membuatkan rumah lebih sejuk dengan memantulkan
cahaya matahari dan mengurangkan jumlah kepanasan yang
memancarkan kearah bangunan. Sebaliknya, ia akan membolehkan keadaan
dalam bangunan lebih panas semasa musim sejuk kerana udara panas di
bahagian bawah atap kembali ke dalam bangunan. Pengudaran yang baik
ini memggambarkan penjimatan tenaga dengan mengurangkan kos
penyejukan semasa musim panas dan kos pemanasan semasa musim
sejuk.
*Tertakluk kepada terma-terma dan syarat
waranti |